Featured

First blog post

This is the post excerpt.

Advertisements

This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

post

Kesan Kurang Kolagen Pada Badan

SERBUK KOLAGEN SHAKLEE

1.PENGENALAN

Serbuk Kolagen Shaklee ini mula diperkenalkan pada tahun 2012.

Eh Lambatnya?

Mungkin agak lambat, tapi kemunculannya di pasaran Malaysia mampu menggugat pengeluar kolagen yang sedia ada.

Kenapa?

Hal ini kerana Shaklee terkenal dengan produknya yang terbukti berkesan ke atas penggunanya.

Asal usul Kolagen mula diperkenalkan di Jepun

Konsep pengambilan kolagen sebagai awet muda mula diperkenalkan di Jepun. Bermula dari itu, kita kat Malaysia pun boleh lihat sendiri betapa banyaknya produk-produk kolagen yang dijual di pasaran – tapi tak semuanya dibuat dengan cara dan bahan yang sama.

2.ISI KANDUNGAN KOLAGEN SHAKLEE DI YAKINI HALAL

Ringkasan

  1. Setiap paket Kolagen Shaklee mengandungi 4,000 mg kolagen daripada

Red Snapper Scales (RSS). Red Snapper ialah ikan merah

  1. Ekstrak biji Camelia Japonica– bahan pelembap dan membantu kesuburan rambut
  2. Ekstrak Pfaffia– perangsang penghasilan acid hyaluronic secara semulajadi yang membantu memelihara keanjalan kulit
  3. Ekstrak kulit kerang lautan– glucosamine daripada ekstrak kerang boleh membantu kesihatan sendi dan mengekalkan kelembapan bahagian mata (elak eyebag dan bulatan hitam mata)
  4. Lactobacillus acidofilus– mengekalkan kesihatan usus agar penyerapan kolagen dapat dimaksimumkan
  5. Vitamin C– bahan antioksidan dan agen awet muda
  6. Vitamin B2 & B6– membantu memetabolismakan protein dan karbohidrat supaya kulit dapat menghasilkan kolagen semulajadi

3.KHASIAT UTAMA KOLAGEN SHAKLEE

  • Menyokong pembentukan kolagen – menegangkan kulit, menganjalkan kulit dan melembutkan kulit
  • Mengecil liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • Kulit lebih putih dan licin
  • Kuku tumbuh dengan lebih kuat
  • Rambut lebih tebal dan bersinar
  • Menegang dan menganjal payudara
  • Menguatkan tulang
  • Baik untuk mata
  • Menyihat organ peranakan wanita, merapatkan bahagian intim wanita

  1. KELEBIHAN KOLAGEN SHAKLEE

Apakah perbezaan dan kelebihan kolagen Shaklee berbanding kolagen lain dalam pasaran?

  1. Sumber kolagen ialah daripada sisik ikan merah yang tahan lasak dan elastik tinggi. Oleh kerana ikan merah ini tinggal pada kedalaman 5,000 meter atau kita kenali dengan nama hidupan hidup di dalam air lautan dalam, kualiti kolagen yang berada pada sisik nya amat tahan lasak berta berkualiti tinggi.

2.Saiz molekul kolagen Shaklee ialah 1,000 Dalton berbanding produk lain yang bersaiz 300,00 Dalton. Oleh kerana saiz yang halus, kadar penyerapannya amatlah tinggi dan memaksimakan keberkesanan kolagen Shaklee

  1. Kolagen ikan, ekstrak kulit kerang dan lactobacilius acidophilus menyokong pembentukan tisu dan membantu keanjalan kulit
  2. Ekstrak biji Camelia Japonica dan Pfaffia menyokong penghasilan kolagen dan asid hyaluronic secara semulajadi yang mampu mengekalkan kelembapan pada kulit
  3. Vitamin C, B2 dan B6 adalah agen antioksida dan anti penuaan yang terbukti hebat.

5.SIAPA TIDAK BOLEH AMBIL KOLAGEN SHAKLEE

Golongan di bawah adalah mereka yang TIDAK di nasihatkan untuk mengambil Kolagen Shaklee:

  1. Alahan kepada ikan dan seafood
  2. Masalah cyst atau fibroid dalam rahim
  3. Masalah cyst atau lump pada payudara
  4. Wanita mengandung
  5. Orang yang ada masalah berat badandisebabkan hormon yang tidak stabil
  6. Pesakit kanser
  7. Penyakit-penyakit lain yang telah dinasihatkan oleh doktor

Hal ini bagi mengelakkan kesan sampingan kepada mereka yang tidak dapat mengambil kolagen ini. seperti doktor jika kita pergi ke hospital pasti mereka akan tanya kita alahan ubat dan sebagainya ke tidak. Begitu juga dalam menjual produk Shaklee ke kepada pelanggan. Kita harus kuasai aspek penting ini dalam urusan pemasaran kita.

6.SIAPA YANG PERLU AMBIL KOLAGEN SHAKLEE

Golongan di bawah adalah mereka yang ada simptom kehilangan kolagen dan memerlukan Kolagen Shaklee untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan mereka:

  1. Rambut kering & bercabang
  2. Pori-pori besar, jeragat hitam dan bintik-bintik pada kulit
  3. Tulang mereput dan risiko osteoporosis
  4. Kulit & otot kendur dan hilang keanjalan
  5. Sakit senditerutama lutut
  6. Kulit berkedut
  7. Penglihatan kabur dan mata panda (eyebag & hitam keliling mata)
  8. Sakit gusi atau gigi luruh
  9. Payudara melayut dan kurang pejal
  10. Kuku rapuh dan mudah pecah/patah

7.MENGAPA KOLAGEN SHAKLEE TAK BERKESAN

Seeloknya ketika pelanggan baru membeli kolagen ini kita harus memberikan pendedahan awal kepada mereka kenapa keberkesanannya kurang ,beberapa faktor yang boleh menyebabkan pengambilan Kolagen Shaklee tidak berkesan kepada sesetengah individu. Antaranya:

  1. Badan mempunyai kadar toksin yang tinggi terutamanya di bahagian usus lalu menyukarkan penyerapan nutrien yang efisyen
  2. Cara pelanggan menyimpan Kolagen Shaklee di tempat yang panas dan kering menyebabkan kualiti kolagen terjejas dan nutrien hilang
  3. Tubuh badan sudah lali dengan kolagen daripada pengambilan produk kolagen dan Gluta (glutathione) yang rendah kualiti dan mengandungi bahan racun dan terlarang
  4. Mengambil Kolagen Shaklee pada kadar dan waktu yang salah dan selain daripada yang dinasihatkan oleh pengedar Shaklee terlatih
  5. Expectation yang terlalu tinggi daripada produk. Anda TIDAK akan menjadi cantik atau putih dalam sekelip mata sepertimana produk lain yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi akan memberikan kesan negatif pada tubuh dan buah pinggang pada masa hadapan.

8.BAGAIMANAKAH CARA MINUM KOLAGEN SHAKLEE?

  1. Minum semasa perut kosong, sebaiknya waktu pagi selepas bangun tidur adalah masa yang sesuai minum kolagen shaklee
  2. Elakkan makan sebarang makanan 20 minit selepas minum kolagen untuk memastikan nutrien kolagen diserap sepenuhnya oleh badan
  3. Bancuh kolagen dalam air atau jus yang sejuk dan TIDAK BOLEH dalam air suam atau panas
  4. Kolagen Shaklee mempunyai rasa ikan yang agak hanyir. Dinasihatkan agar anda mencampurkan dalam yogurt drink atau jus sebelum minum
  5. Amalkan setiap hari dan lihatlah hasil yang membuatkan hati anda berbunga-bunga selepas 4-8 minggu

9.KENAPA ANDA PERLU PILIH COLLAGEN POWDER SHAKLEE?

√ Mudah dibawa ke mana sahaja

√ Mudah larut dalam air

√ Ramuannya 100% asli, semulajadi dan selamat. Tiada gula, pengawet, pewarna.

√ Boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda, termasuk jus buah, ESP ataupun Meal Shakes.

√ yang paling penting bagi yang beragama Islam adalah kolagen ini adalah HALAL

JIKA BERMINAT UNTUK MEMBELI

Whatsapp saya pengedar sah shaklee Anda

0135657114 (cikgu Bob)

Inilah Tanda-Tanda Seorang Lelaki Menyanyangi Pasangannya, Tapi Ramai Wanita Tidak Faham..

Apabila seorang lelaki betul-betul jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap kera selama ini tiba-tiba jadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan air mata bila hatinya dilukai.

Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dibuat oleh lelaki itu. Sekiranya korang sedar teman lelaki tu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi korang dengan rela hati, ternyata korang tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan korang sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tapi atas dasar cinta yang sebenar. Tahu tak korang beruntung sebenarnya.

Selain itu, kalau teman lelaki korang sentiasa buat hati korang senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius dari korang. Dah tentu dalam sesebuah hubungan kita mahukan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenangkan. Jadi tak peliklah lelaki macam ni sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

Pada dia, dah jadi tanggungjawab untuk dirinya buat orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Janganlah pulak korang anggap teman lelaki tu seorang yang kuat membebel sekirany setiap masa dia cuba memberi korang nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi supaya hubungan yang ada berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia sangat menyayangi hubungan antara korang.

Jadi bukakanlah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk abaikan saja. Kalau hati dah sayang, maka macam-macamlah yang akan korang fikirkan termasuklah bimbang takut kehilangannya. Begitu juga bila teman lelaki menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaiukan kesudahan hubungan korang. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengai hubungan korang dan bagaiman untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu saja.

Setiap saat bagi dia amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kami senang hati memikirkan “aku hot, cantik kot, ramai lagi lelaki kat dunia ni”. Kalau boleh biarkanlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!

Nampak kelakar, tapi itulah hakikatnya bila teman lelaki korang berperangai tak ubah macam budak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian dari korang. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih dari orang lain yang pernah korang sayang. Kalau dia merajuk hatu, cubalah pujuk. Jangan pula korang sangka sifat manja si dia itu mengada-nganda. Byukan senang lelaki nak ubah sikap machonya kepada lelaki yang berpewatakan manja.

Hanya untuk orang yang disayangi sahaja, percayalah korang menghadapi masalah dan orang pertama datang tolong adalah teman lelaki korang. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup buat apa je asalkan korang senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya.. contoh korang beritahu yang korang akan pergi ke sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama. Tiba-tiba si dia jadi menggelabah, korang boleh tengok reaksinya masa tu. Itu tandanya si di lansung tak boleh berjauhan dengan korang dan korang tidak perlu ragukan tentang kesetiaannya.

Sekiranya temana lelaki kami sentiasa tanyakan “awak masih sayang saya? Jangan anggap soalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia taknak kasih sayang korang kepadanya luntur. Sebab itu je lah ayat yang mahu didengarinya berulang-ulang kali supaya korang tahu betapa si dia mahu korang sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun berlum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama korang. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tak ke korang terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata untuk korang? Kasih sayang pada korang melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada Tuhan, sayang kepada agama. Korang akan menyesal dengan ketulusan hatinya kalau korang menolah cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mampu mencairkannya.

Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga dengan teman lelaki korang, tidak lari dari buat silap dan kadan-kadang buat korang kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah, itu satu perkta yang baik dan korang perlu sokong dia. Berikan masa untuk dia. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi korang, itu satu perkara yang baik. Janganlah korang mencari pengganti si dia semata-mata korang kecik hari dengannya.

Dan korang pasti ke pengganti tu mampi bahagiakan korang? Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia sayangkan korang, betapa si dia lebih pentingkan diri korang dari dirinya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk korang. Asalkan korang selesa dan rasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadannya. Berikan diri korang peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan susah nak dicari, tapi ketelusan akan dapat diberikan kalau korang juga betul-betul tulus menyayanginya.

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau korang rasa pasangan korang banyak kekurangan dan selalu sakitkan hari korang lalu koran pon cari penggantinya, alasan korang dah tak serasi dan dah takda hari, dah tawar hati.

Korang pula macam mana? Adakah korang itu tak pernah buat silap? Adakah korang tak pernah sakitkan hari pasangan korang? adakah korang ini setaraf dengan Siti Khadijah? Setelus Zulaikha? Sekuat Sumaiyyah? Semulia Aisyah? Jangan biarkan ego kuasai perasaan kalau korang tidak pasti akan menyesal satu hari nanti. Korang sering menyalahkan lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..

Walhal manusia semua sama, ada perasaan itu dalam setiap diri masing-masing. Mungkin pasangan korang tu tak sempurna, tapi kalau korang dapat merasai keikhlasannya itu lebih baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dibuat. Tapi boleh dirasai dengan hati. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita itu berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas sedala dugaan dan cabaran dalam hidup bersama pasangan. Jangan beri harapan kalau hari kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkannya.

Belajar untuk saling memahami kehendak pasangan dengan itu kita mampu mengembirakan hatinya..

SEBELUM DIMILIKI ORANG LAIN

Pernikahan merupakan satu sunnah yang sangat digalakkan jika betul-betul berkemampuan. Perkahwinan itu, bukan medan memenangkan suami, atau medan memenangkan isteri. Ia adalah kehidupan yang dikongsi bersama. Kalau ada bahagia, sama-sama akan rasa. Kalau ada duka, sama-sama akan seka air mata. Begitulah sebuah perkahwinan yang bahagia.

Jika masih ada tanggapan bahawa, seorang wanita apabila sudah diambil sebagai isteri, maka dia sudah ‘dimiliki’ oleh suaminya sepenuhnya, hingga tiada apa-apa lagi kebebasan dan hak buat dirinya, maka itu suatu tanggapan yang silap. Perlu segera diperbetulkan.

Islam ini suatu agama yang penuh dengan rahmah. Tiap apa yang disyariatkan olehnya, pasti ada kebaikan tertentu yang hendak dijaga. Objektif agama untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia serta melindungi mereka dari keburukan harus kita faham sebenar-benarnya.

Meletakkan syarat.

Ramai di kalangan kaum hawa yang tidak tahu bahawa mereka berhak meletakkan sesuatu syarat kepada bakal suami, sebelum mereka diambil sebagai isteri. Hak untuk meletakkan syarat ini, diperakui oleh syarak, dan syarat ( atau janji ) tersebut pula wajib untuk ditepati oleh suami, selepas mereka bernikah.

Dengan syarat ; apa yang disyaratkan itu mestilah suatu yang harus, yang bukan menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, atau syarat-syarat yang membatalkan hikmah sebuah pernikahan. Contohnya sebelum bernikah, seorang perempuan itu meletakkan syarat supaya dia tidak dihalang daripada bekerja. Si lelaki pun bersetuju, maka syarat tersebut wajib untuk dipegang. Nabi saw bersabda;

“Orang Islam itu terikat dengan syarat-syarat yang mereka buat , kecuali syarat-syarat yang menghalalkan yang haram ataupun mengharamkan yang halal.”

(Hadis Riwayat Al Tirmizi)

Namun begitu, terdapat juga syarat-syarat yang tidak dibenarkan. Contoh syarat yang tak dibenarkan adalah; “Selepas berkahwin nanti, tak boleh sentuh saya, dan tak boleh minta saya untuk tidur dengan awak.”

Itu syarat yang tidak diiktiraf oleh syarak, kerana ia telah mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Juga, kalau letak syarat begitu, hilanglah hikmah sebuah pernikahan. Apatah lagi kalau letak syarat supaya tidak perlu taat kepada suami, tidak perlu meminta izin suami kalau hendak ke mana-mana dan sebagainya, maka lebih-lebih lagilah tidak boleh. Selain ia menghalalkan yang haram (nusyuz isteri kepada suami), ia juga menjadikan suami tersebut seorang yang dayus. Dan orang dayus, Nabi s.a.w sebut tak akan masuk syurga.

Hikmah syarat diletakkan sebelum berkahwin.

Hikmah meletakkan syarat ini, sebenarnya seiring saja dengan hikmah merancakkan proses taaruf (berkenalan). Apa guna hendak bertaaruf, saling mengenali lebih lanjut, saling bertukar-tukar perancangan dan berbincang tentang jangka pendek dan jangka panjang, jika akhirnya yang hendak membuat keputusan hanya yang lelaki seorang?

Tujuan sama-sama bertaaruf dan sama-sama berbincang itu, adalah supaya hidup kita akan datang, dicorakkan secara bersama. Jadi, sila bersikap proaktif. Jangan tunggu semuanya daripada si lelaki, kerana kita perlu sedar bahawa lelaki itu belum sah memimpin lagi. Bahkan dalam tempoh bertunang ini, kita bebas untuk berpatah balik pada bila-bila masa sahaja, tanpa perlu kepada keizinan daripada lelaki tersebut. Meletakkan syarat, bermakna mengemaskan sebuah perancangan, yang kalian sama-sama hendak bina.

Katakan, si perempuan meletakkan syarat agar dia tidak dibawa keluar (berpindah) dari negerinya. Maka si lelaki, sebelum bersetuju, akan berbincang juga kesan sampingan dari syarat tersebut. Adakah relevan untuk mendapatkan tempat tinggal dan pekerjaan di negeri bakal isterinya? Adakah pelan ekonomi mereka akan bertambah aktif apabila memulakan bisnes di negeri tersebut, dan sebagainya.

Bincang punya bincang, akhirnya si lelaki pun setuju. Maka si perempuan tidak perlu susah hati memikirkan kena berjauhan dengan orang tuanya yang sakit (kalau itu contohnya sebab dia enggan pindah ke luar negerinya) dan dia juga tidak akan rasa bersalah meletakkan syarat kepada bakal suami, kerana dia juga bersama-sama dalam perbincangan untuk mencorakkan masa depan mereka selepas bernikah nanti.

Kesimpulan.

Hidup berumah tangga itu bahagia, ceria dan mempesona. Jangan jadikan ia suatu lubang yang derita atau sengsara. Jangan jadikan ia suatu tembok atau dinding penjara, yang memisahkan antara anda dengan alam nyata.

Sebelum anda dimiliki orang, binalah perancangan bersama-sama. Ia lebih mulia dari sibuk bermain cinta. Bina perancangan mesti serius, bukan dengan gedik atau mengada-ngada. Dari situ, banyak sikap yang akan tersingkap, banyak juga sudut yang boleh dibuat pertimbangan semula. Sememangnya sebagai manusia, itulah tugas kita, usaha dan terus usaha, sebelum akhirnya kita berserah kepada Allah.

Silika Gel Penyerap Kelembapan

Dalam vitamin C dan Eshaklee perasan tak tidak ada Silika Gel atau absorbent chemicals di dalam nya seperti vitamin lain di pasaran..

Eh kenapa pulak???

Kerana vitamin C dan E shaklee adalah 100% semula jadi..

Selica gel tujuan dia sebagai zat penyerap, pengering. Garam – garam kobalt dapat diserap oleh gel ini. Maka tidak berlakunya pencairan pada vitamin tersebut..

Namun tidak pada vitamin C dan E shaklee yang tanpa bahan sintetik.. Dan 100%semula jadi..

Anda juga boleh nampak gel ini di letak pada pakaian, kasut yang kita beli.tujuannya untuk menjaga barang tersebut daripada lembab..

Kisah Nabi Adam A.s

Malam ini akau kongsikan kisah Nabi Adam as, kepada anak-anak asrama yang aku jaga..

Sekurangnya mereka ingat dan mungkin ada yang tidak tahu bagaimana kisah Nabi Adam as.

Nabi adam adalah bapa kepada seluruh umat manusia. Dan merupakan manusia pertama yang Allah ciptakan dan hal ini telah Allah ceritakan di dalam Al Quran.. 

Nabi adam di ciptakan daripada Tanah liat.. Dan antara sebaik baik makhluk ciptaan Allah adalah manusia. 

Ketika Nabi Adan kesunyian Allah telah menciptakan Hawa untuk menemani Nabi Adam a.s di syurga. 

Namun Allah telah melarang kedua mereka menghampiri sepohon pokok. Namun kerana termakan pujukan dan tipu muslihat Iblis maka mereka telah menghampiri  pokok itu.

Akhirnya allah telah menurunkan kedua nya ke dunia..ketika di dunia seteleh berpisah dan bertemu semua mereka d kurniakan 20 cahaya mata dan semuanya kembar.

Kemudian anak anak tersebut telah di kawinkan oleh Nabi Adam dgn kembar mereka yang lain. Timbullah peristiwa habil mati di bunuh oleh Qabil. 

Diceritakan nabi Adam wafat pada usianya 1000 tahun.

BENCI

😡😤BANYAK MASA UNTUK MEMBENCI….

Bila seseorang berbuat SATU kesilapan manusia akan lupa 10 kebaikan yang pernah dia lakukan.Kenapa tidak nampak kebaikan?? Kerana KEBENCIANNYA

Kenapa seseorang itu tidak nampak KEBURUKAN seseorang? Kerana rasa SAYANG yang ada dalam dirinya.. 

Orang yang bereterusan membeci kita adalah satu kebaikan untuk diri kita,

Kerana tidak mustahil siang malam.mereka memikirkan kekurangan kita sedangkan kita sendiri tidak punyai waktu memikirkan kekurangan diri sendiri..

Maka jika apa dikatakan, di kritik, maka ambil sebagai peluang untuk kita perbaiki diri dan untuk jadi lebih baik

Kadang kala orang yang baik dengan kita mereka tidak mahu menegur kesilapan kita kerana Terlalu takut akan kehilangan atau keretakan hubungan. Tapi mereka lupa mereka yang akan MEROSAKKAN diri kita kerana tidak jujur. 

Kita pula harus positif dalam menerima teguran.

#pang5_21

#kongsiilmubukanamal